Cuti-cuti time

Assalamualaikum

Sana je nak cerita..simpan buat kenangan..cuti sekolah..kite pun amik la annual leave..bawak kanak-kanak regina bercuti..gituewww

Pagi seawal jam 6.30pagi sesudah subuh..kami mulakan perjalanan menuju ke Selatan..Kira mulakan dengan Bismillah.. alhamdulillah jalan clean and clear..Tak sibuk..boleh bawa kereta dengan tenang..

my suami tercinta bawa pergi sarapan di Kluang Rail Coffee..di Kluang Johor..sedap dan murah..rasa nak order semua menu dan rasa kesemuanya..memang pagi dah ramai satang..dan perlu beratur tunggu tempat kosong..

Suasana kedai macam old town gitu..makanan sedap..cikmon order lontong..kuah dia cair tapi sedap..tambah sedap sambal tumis ikan bilis dia..my suami order nasi lemak..sedap betul lah..sambal dia Tak pedas sangat..anak-anak pun boleh makan..Kak Safa dan Fasha makan nasi goreng..habis uiii..sepinggan sorang..roti bakar pun kami pesan..

Sedap juga..susah nak cakap tak sedap..terutama kepada cik mon yang kuat makan dan anti pembaziran..heheheh..ni ada la sempat ambil beberapa gambar untuk kenangan dan simpanan..Tanda sudah pergi ke sana...yeayyy





















Okay perut dah kentang..suka hati..Mari kita sambung ke destinasi yang utama Kita ke Johor..situ
LEGOLAND

hihihi

Dah lama anak-anak cikmon menunggu waktu begini..asyik Tanya bila nak pegi bila nak pagi
Sekarang sudah tiba masanya..

Yeay yeay...


















Cuti ke legoland...nanti citer panjang

Dating Time

Assalamualaikum

Hari ini acik mon keje pukul4
Jadi suami acik mon akak dating kejap

Nak Cari kasut keje dia





Kita simpan helmet dulu ye




Sementara tunggu dia tengok Dan pulih kasut
Kira selfie jap kikiki




Tadika oh tadika

Assalamualaikum..

Hari Pula kak safa jadi jemputan khas cikgu tadika..tempat dia skolah dulu..jadi cikgu kecik di sana

PA kesayangan cikgu dia Ni
Kak Safa jenis yang peramah amat

Ada la amik gambar..letak sini ye..









Pembukaan semula tadika 1 Julia 2020

Assalamualaikum


Haisshhh
Lamanya xkongsi cerita kakmon (dh tua2 xpyh lah pkai common hehhe)
Semalam 1 Julai 2020...anak kedua kakmon start skolah tadika selepas 3 bulan cuti..sebab
ke korona virus tu la





Pahitnya cerita ini

Assalamualaikum..
Tarikh 21 disember 2019...
Hari kegelapan bagi cikmon n suami

Telefon kami berdua dicuri dari poket beg galas cikmon..alahai sedihnya..tergamak orang tu curi henset kitorang..banyak kenangan gambar dalam tu

Henset husben cikmon da boleh trace dah..nun jauh di indonesia.yang cikmon punta Tak tahu menghilang..sedih Tauhuhmalam tu juga husben cikmon ajak Cari nset..udah hilang nset seratus dua ratus ringgit je..Ni berganda² harganya..sudah bersalah nset nya hilang..tambah lagi bersalah beli nset Mahal
Waaaa...

Happy aniversary

Assalamualaikum salam bahagia

Hari ini diumumkan ulangtahun perkhwinan cikmon dan incik giant yang ke7

Waaah tak sangka kan dah 7tahun usia perkahwinan kami

Ini ade belanja sikit gambar






 Saya sayang suami saya sangat sangat selamanya hingga ke hujung nyawa


Hati Menyinar

Assalamualaikum..alhamdulillah..

6 october 2019...ALLAH permudahkn cikmon n suami...untuk kami tetap bersama..terima kasih en giant sudi terima diri ini yg khilaf banyak kekurangan..akan kujaga hubungan ni hingga ke syurga..

Sayang awak tau..air nescafe cikmon buat tu dia da minum..heheh..

Terima kasih mak abah yang sentiasa doakan kebahagiaan kerohanian rumah tangga anak anak.

Hari Gelap Mendung CikMon

Assalamualaikum hatiku...lama.sudah luahan jati cikmon di sini..sini sahja tempat mengadu cikmon..ya allah tak tahu nak mula dari mana..terasa mahu jerit menepik..hatiku menangis semahu mahunya..




MAK! ABAH! Akak dah takde sape sapa..azil taknak akak..tak perlukan akak lagi..dia terbaik buat akak..tapi akak bukan yang terbaik buat dia..mungkin tiada lagi sayang dia pada akak..ya ALLAH rasa nak peluk mak peluk abah sekarang ni..nak nangis puas puas..hati sakit tahan nangis..

Ye akak sedar..akak bukan yang terbaik buat dia..selalu buat perangai..di sebalik nak jaga hati dia sewaktu dia marah..bertambah marah dia ada la..

Sewaktu dia berkata "kita kena jumpa counselor"..ya allah rasa jatuh jantung air mata semua jatuh..apa yang berlegar adalah perpisahan..perpisahan??.dia nak kan perpisahan? Ya ALLAH jahatnya aku..buruknya aku..teruknya aku..jahilnya aku..memang bodoh aku tak pandai nak jaga hati dia..


Sepanjang kata bebelannya..entah berapa kali beratus kali beribu kali..panggilan kau aku..itu pun da buat aku pedih..mungkin pedih lagi hatinya ikut kerenah aku perangai aku ni..


Mak abah..akak tak kuat sorang sorang..pada sapa lagi akak nak mengadu..doakan hubungan kami pulih seperti biasa..tapi entahlah..tengok tingkahlaku dia..taknak bercakap dengan akak..taknak pandang akak dah..benci akak barangkali..air dibuat tak nak sentuh taknak minum..jijik barangkali..



Mak abah..akak takut kehilangan dia..kehilangan anak anak..macam mana nak baiki hubungan ni kalau dia asyik mengelak..mungkin dia perlu masa kan..


Mungkin sudah sampai masa kita tidak diperlukan lagi..rasain loh..


Moga ada peluang untuk baiki perhubungan ini..ya allah semoga dipermudahkan semuanya..





Birthday Celebration & School Holiday [Day1]

Bismillahirahmanirrohim

Assalamulaikum

Fuuuhhh bersawang blog ku ini

Tersebut la kisaaaahhh. Tarikh 11.08.2019
Bersamaan hari Ahad

Selamat hari raya AidilAdha
Pertama kali sambut raya di rumah ku syurga ku
Ecececeh
.
.
.
Okay pagi-pagi dah kejutkan kakak Safa mandi sunat AidilAdha
Kemudian sarapan nasi goreng 2versi
Iversi pedas 1versi tak pedas
Cikmon buat jugak lempeng untuk dicicah bersama kari ikan
Dan secawan nescafe tarik (untuk encik suami) juga teh o panas kurang manis 1kole


.
.
.
Dah siap makan jom siap-siap
Beraya di luar
Manfaatkan masa bersama anak-anak yabg supet aktif ya ampun 😆
.
.
.
Pengembaraan bermula
Destinasi pertama IOI City Mall Putrajaya
Daddy belanja kak Safa,  Fasha,  Harraz di Aeon Molly
Haaa ambik la berapa lama nak main tu
Main puas-puas












Okay anak-anak jom la kita berehat dulu dan makan dulu
Masing masing dah lapar
Alamak takdak gambar makan plak
Hihihi
Lapar punya pasal
Makan KFC je pun
Alhamdulillah kenyang kami lima beranak
Jom jalan lagi dalam IOI je pun
Daddy plan nak cari beg sekolah kak Safa
Nak pergi Parkson
Kebetulan dekat level bawhad dorg bukak booth
So tak payah nak naik atas
Sementara dady tengok tengok beg yang kualiti dan harga yang perpatutan
Cik mon la yang snap semua ni
Nampak je backdrop yang best
"umi tolong amik gambar Safa"
Jadi umi layankan saja
.
.
.
.
.





Bila dah shopping beg sekolah
Sudah la ya
Mari kita pulang ke rumah
.
.
.
Jadi malam ni kita potong kek Kak Safa awal sikit
Tarikh birthday 12.08
Tapi awalkan sehari 
Kak Safa tak sabar nak potong kek Minnie Mouse 
Maka menyanyi lah daddy dan adik-😬adik dan umi juga
Hahahah







Begitu riang gembiranya Kak Safa dapat potong kek Minnie Mouse dia
Sebelah kek tu terselit mee goreng
Nampak tak
Itu dady safa yang masak
Anak-anak suka makan bila daddy masak
Alhamdulillah kami kenyang dan bahagia
Terima kasih ya ALLAH kurniakanku suami dan anak-anak yang bijak soleh solehah
.
.
Dah la ya
Sambung cerita esok pulak



My Story My Life

Ceritaku Untukmu Ceritamu Untukku