Home / Archive for February 2019
Goodbye Tadika Seni Kreatif
Assalamualaikum wbt Cikgu Siti
Maaf mengganggu
Di sini kami sebagai ibubapa Safa
Ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan pembelajaran Safa di Tadika Seni Kreatif tahun ini. Ini kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Tiada siapa di Cheras untuk uruskan persekolahan Safa. Urusan kami kebanyakannya di Bangi. Kami bekerja berdekatan sini juga.
Hari ini hari terakhir Safa di Tadika Seni Kreatif. Berat hati rasanya nak tukarkan Safa sekolah lain. Dia pun dah mesra dan rapat sangat-sangat dengan cikgu dan kawan-kawan. Bagitahu dia pagi tadi harini last sekolah. Nanti dah tak ke tadika seni kreatif lagi. Tak dapat jumpa cikgu-cikgu, kawan-kawan. Safa cakap "mesti saya rindu cikgu Siti dan cikgu Alin". Sebak pulak rasa. Pesan dengan dia nanti sayang peluk cium cikgu ye.
Minta maaf sangat. Terima kasih cikgu2 atas ilmu dan tunjuk ajar cikgu kepada Safa. Terima kasih juga sabar melayan kerenah Safa dalam mendidik Safa. Minta maaf atas silap salah Safa sepanjang belajar di Tadika Seni Kreatif. Segala tunjuk ajar cikgu, pesanan cikgu akan Safa ingat sampai bila-bila. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.
Nanti kalau jumpa mana-mana tegur ya. Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga. Jasa dan pesanan cikgu-cikgu akan Safa ingat sampai bila-bila. Terima kasih juga cikgu-cikgu. Cikgu Siti, Cikgu Alin, Cikgu Ana. Mama Iti dan Pakteh terima kasih hantar dan ambil Safa, Mama Suzi terima kasih masakkan untuk Safa dan kawan-kawan, Mama Ita juga. Terima kasih semuanya.
Semoga Tadika Seni Kreatif terus maju jaya. Semoga ukhwah kita berpanjangan.
Dari kami
Ibubapa Nur Safa Ariana binti Muhammad Fazil
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
My Story My Life
Ceritaku Untukmu Ceritamu Untukku