Assalamualaikum..
Tarikh 27/04/2019 - 28/04/2019. Diadakan Family Day ala-ala gathering gitu. Asbestos tu geng futsal daddy giant cinta hati cikmon. So kami yang perempuan isteri yang setia ikut lah juga suami pergi bercuti. Bersama anak-anak keluarga tercenta. Waahhh gitu uollssss. Kami bercuti di A Famosa Villa. Memang entrance a famosa resort, a famosa safari
Memang seronok bercuti di sini. Sangat-sangat berpuas hati. Anak-anak memang seronok la. Pabila di villa tu ada kolam renang. Anak-anak acikmon ni memang hantu air, gila air. Pantang nmpak air. Aishhh memang nk terjun je la. Dady pn da suruh standby pelampung masing-masing untuk dua orang puteri dan seorang putera kami. Lokasi seronok, jauh ke dalam. Sangat mendamaikan, privacy. Duduk villa je, tak keluar bandar pun we ols okay. Anak anak seronok. Mak bapak lagi la seronok, tengok mereka seronok. Memang berendam sahaja lah mereka.
Oklah mari sini cikmon cerita serba sedikit aturcara aktiviti yang kamik lakukan di villa ini. Walaupun satu malam sahaja di sana.
Mula mula berkumpul dulu di rumah kawan cikgiant. Kami bergerak lepas asar lebih kurang 4.45 petang. Sampai di villa pukul 6.05 petang. Masuk masuk tengok bilik, buat pemantauan kawasan villa. Okay best besar syok. Kita solat dulu.
Kawan kawan daddy giant sediakan bahan barang nak bakar bakar ayam. Anak ank sibuk nak terjun kolam. Okay lah pergi la duhai anak mandi puas puas. Safa fasha harraz memang seronok berendam dalam kolam tu. Tetapi pada mereka itu sungai. Umi pun tak paham awat lah kolam renang jadi sungai. Jauh benar nak oi. Takpelah masih konsep yang sama. Ada air dan boleh mandi. Si kakak safa seronok berulang kali terjun ke kolam dengan pelampung di pinggang yang tidak berapa nak kurus. Heheheh
Duk seronok terjun punya terjun. Entah bagaimana pelampung terlepas dari tangan dan pinggangnya barangkali. Masuk ke kolam yang sedalam empat kaki itu, lemas nak oi. Apa lagi umi jerit panggil daddy nya. Dengan kain pelikat, dicabutnya. Nasib ada seluar pendek. Terjun selamatkana kak Safa yang lemas. Nasib la cepat si daddy selamatkan dia. Tapi kak Safa tidak serik okay. Sekejap je macam stuck hang. Mungkin masih terkejut apa yang terjadi. Tak berhenti mandian dia okay. Dia sambung balik mandi tanpa rasa takut. Lahai anak memang tak serik. Semoga besar nanti awak tidak serik dengan kesalahan awak dan sambung gantikan dengan yang betul.
Mereka mandi lebih kurang 2jam. Umi jadi la pemantau sepanjang mereka mandi. Umi dah fikir selagi tak panggil naik. Memang mandi berterusan, seakan mahu tidur sekali di kolam barangkali. Eh tak boleh jadi ni. Umi perlu fikir dan bertindak. Jadi yang terfikir ambil tuala untuk anak anak suruh naik, bilas badan dan mandi di bilik air di dalam villa. Si kakak safa seronok sebab baru dapat kawan baru. Iman namanya. Anak saudara kawan daddy. Selagi Iman taknak naik, kak Safa pun tak nak naik. Yang si adik Fasha Harraz mengikut si kakaknya. Layan je la. Umi ambil tuala anak anak. Tapi terlupa tuala daddy yang selamatkan kakak Safa tadi. Ampunkan umi ya daddy 😬
Dah mandi manda, ayam bakar dah masak. Ajak la anak-anak makan. Lah sikit je makannya, seronok lebih ke arah nak bermain dengan kawan kawan. Biarlah mereka menikmati nikmat berkawan masa kecil ni. Sekejap nak tidur dengan kawan ni, sekejap nk tidur dekat bilik ini. Umi pun pening. Awak awk nak tidur mana ni anak oi. Pukul 11-12 macam tu akhirnya tidur dengan umi je kamu semua. Dalam bilik tu kami lima beranak je tidur. Bilik lain mereka kongsi dengan keluarga lain. Mungkin keluarga kami ramai jumlahnya, jadi semua tak berani tidur dengan kami barangkali. Hehehe
Okay lah anak anak dah tidur. Sambung pulak kejadian keesokan harinya. Nanti cikmon letak gambar sepanjang kami di sana ya
Home / Archive for April 2019
Family Day Asbestos Daddy [Day 1]
Masa bersama anak2
Assalamualaikum...lambat pula huddaye cerita ini
Alkisahnya pada 6April2019...acik mon n husband n anak-anak ke Genting Highlands...kononnya nak ke GPO je nak suvey2 kasut incik giant kite tu.. Konon nk tengok kat Genting Highlands.. Bawak 2heroin n sorang hero kita tu naik skyway.. Lajak ke atas. .
Anak-anak. "waaahhhh"...teruja gituewww..kan... Banyak dah penambahbaikan di situ.. Indoor themepark..umi dan daddy dorang pn teruja.. Maka incik giant terbeli lah tiket 1pakej terus.. Sorang rm64 masa ini..
Gambar yang terlibat akan dihupload di sini ya...mik masa siket mahu pilih yang terrrbaikkk untuk kenangan masa akan datang..
Alkisahnya pada 6April2019...acik mon n husband n anak-anak ke Genting Highlands...kononnya nak ke GPO je nak suvey2 kasut incik giant kite tu.. Konon nk tengok kat Genting Highlands.. Bawak 2heroin n sorang hero kita tu naik skyway.. Lajak ke atas. .
Anak-anak. "waaahhhh"...teruja gituewww..kan... Banyak dah penambahbaikan di situ.. Indoor themepark..umi dan daddy dorang pn teruja.. Maka incik giant terbeli lah tiket 1pakej terus.. Sorang rm64 masa ini..
Gambar yang terlibat akan dihupload di sini ya...mik masa siket mahu pilih yang terrrbaikkk untuk kenangan masa akan datang..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
My Story My Life
Ceritaku Untukmu Ceritamu Untukku




