Birthday Celebration & School Holiday [Day1]

Bismillahirahmanirrohim

Assalamulaikum

Fuuuhhh bersawang blog ku ini

Tersebut la kisaaaahhh. Tarikh 11.08.2019
Bersamaan hari Ahad

Selamat hari raya AidilAdha
Pertama kali sambut raya di rumah ku syurga ku
Ecececeh
.
.
.
Okay pagi-pagi dah kejutkan kakak Safa mandi sunat AidilAdha
Kemudian sarapan nasi goreng 2versi
Iversi pedas 1versi tak pedas
Cikmon buat jugak lempeng untuk dicicah bersama kari ikan
Dan secawan nescafe tarik (untuk encik suami) juga teh o panas kurang manis 1kole


.
.
.
Dah siap makan jom siap-siap
Beraya di luar
Manfaatkan masa bersama anak-anak yabg supet aktif ya ampun 😆
.
.
.
Pengembaraan bermula
Destinasi pertama IOI City Mall Putrajaya
Daddy belanja kak Safa,  Fasha,  Harraz di Aeon Molly
Haaa ambik la berapa lama nak main tu
Main puas-puas












Okay anak-anak jom la kita berehat dulu dan makan dulu
Masing masing dah lapar
Alamak takdak gambar makan plak
Hihihi
Lapar punya pasal
Makan KFC je pun
Alhamdulillah kenyang kami lima beranak
Jom jalan lagi dalam IOI je pun
Daddy plan nak cari beg sekolah kak Safa
Nak pergi Parkson
Kebetulan dekat level bawhad dorg bukak booth
So tak payah nak naik atas
Sementara dady tengok tengok beg yang kualiti dan harga yang perpatutan
Cik mon la yang snap semua ni
Nampak je backdrop yang best
"umi tolong amik gambar Safa"
Jadi umi layankan saja
.
.
.
.
.





Bila dah shopping beg sekolah
Sudah la ya
Mari kita pulang ke rumah
.
.
.
Jadi malam ni kita potong kek Kak Safa awal sikit
Tarikh birthday 12.08
Tapi awalkan sehari 
Kak Safa tak sabar nak potong kek Minnie Mouse 
Maka menyanyi lah daddy dan adik-😬adik dan umi juga
Hahahah







Begitu riang gembiranya Kak Safa dapat potong kek Minnie Mouse dia
Sebelah kek tu terselit mee goreng
Nampak tak
Itu dady safa yang masak
Anak-anak suka makan bila daddy masak
Alhamdulillah kami kenyang dan bahagia
Terima kasih ya ALLAH kurniakanku suami dan anak-anak yang bijak soleh solehah
.
.
Dah la ya
Sambung cerita esok pulak



0 comments:

Post a Comment

My Story My Life

Ceritaku Untukmu Ceritamu Untukku